Thursday, May 21, 2009

SYEIKH MOHD IDRIS BIN ABDUL RAUF AL MARBAWI


Allahyarham Syeikh Mohd Idris bin Abdul Rauf Al Marbawi adalah seorang ulamak besar yang tidak asing lagi bukan saja di Nusantara malah Mesir dan Makkah terutamanya dalam bidang Bahasa Arab, Ilmu Hadis, Tafsir dan Fiqah.
Beliau dilahirkan pada 28 Zulkaedah 1313 Hijrah di Makkah al Mukarramah. Ketika berusia 10 tahun, beliau mampu menghafaz sebanyak 10 juzuk Al Quran di samping beberapa buah kitab lain. Pada Tahun 1333 Hijrah/1913 Masehi, beliau pulang ke tanahair bersama-sama keluarganya.

Sekembalinya ke tanahair, Allahyarham Syeikh Mohd Idris Al Marbawi mendapat pendidikan pertama di Sekolah Melayu Lubuk Merbau, Perak. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di beberapa buah sekolah pondok seperti Sekolah Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Pondok Tuan Hussain Al Masudi di Kedah, Pondok Syeikh Ahmad Fatani di Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan. Setelah menamatkan pengajian, Syeikh Mohd Idris Al Marbawi bertugas sebagai Guru Agama di Perak.

Pada tahun 1924, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Al Azhar, Mesir dan berjaya mendapat ijazah 'Aliyah ( Tertinggi ). Semasa berada di sinilah beliau menyusun kamus Arab/ Melayu atau lebih dikenali sebagai Kamus Al Marbawi yang diterbitkan pada tahun 1937.
Bermula dari sinilah, beliau terus menerokai bidang penulisan yang lebih mencabar. Antara hasil karya beliau ialah :-
a) Kitab Bahrul Mazi
b) Tafsir Quran Al Marbawi
c) Tafsir Surah Yasin
d) Tafsir Nurul Yaqin
e) Tafsir Fathul Qadir
f) Kitab Bulughul Maram
e) Kitab Jami'ul Ulum
g) Usulul Islam
h) Nizamul Hayah
i) Mu'jamul Ka'inat ( 4 Jilid ) dan lain-lain.

Atas sumbangan dan jasanya yang besar dalam bidang keagamaan dan persuratan, maka pada 5 Julai 1980, Allahyarham Syeikh Idris Al Marbawi telah dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia manakala pada 1 Muharram 1408H pula, beliau telah diisytiharkan sebagai Tokoh Ma'al Hijrah 1408.

continuous reading......

Tuesday, April 28, 2009

KEPIMPINAN ULAMAK SENTIASA TERBUKA


KUALA LUMPUR, 28 April (Hrkh) - "Kepimpinan Ulama hanyalah satu arah tuju yang dilihat sebagai pengemudi parti. Ulama laksana juruterbang yang membawa kapal terbang atau nahkoda bagi sebuah kapal. Namun itu bukan kerja dia seorang tetapi beserta kakitangannya. Hal ehwal penumpang, kebajikan, keselamatan diuruskan oleh yang bukan 'pilot'. Kesinambungan itu yang membuatkan sesuatu perjalanan menjadi lancar."


Demikian antara petikan kata Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din ketika diminta memberi pandangan berhubung kepimpinan ulama dalam PAS yang telah pun menjangkau 25 tahun sejak mula diperkenalkan sewaktu Muktamar PAS pada tahun 1983.

Kata Haron Din walaupun kepimpinan ulama baru melintasi suku abad, namun pelbagai kejayaan telah dikecapi silih berganti menandakan keberkesanan ulama memimpin PAS menjadikannya sebuah parti yang dihormati, disegani dan semakin mendapat sokongan sekaligus memikat hati rakyat.

Tanpa kecuali beliau menyatakan peri pentingnya gabung-jalin antara ulama dengan golongan profesional dalam PAS demi memastikan hala tuju parti tercapai seterusnya memantapkan kecemerlangan perjuangan Islam sepanjang masa
.

"Dalam PAS itu masing-masing ada kelebihannya dan saling tampung-menampung. Oleh itu kelangsungan kepimpinan ulama mestilah diteruskan. Gandingan dengan tenaga profesional harus terus dimantapkan.

"Untuk berdepan dan menyaingi mereka (parti lawan), kita perlukan bukan sahaja ulama tetapi juga tenaga dan buah fikiran golongan profesional untuk memantapkan parti dan bergerak memastikan kejayaan perjuangan Islam ini," katanya dalam temubual eksklusif Harakah di kediaman semalam

Sementara itu, ditanya berhubung salah faham, kelemahan dan kritikan terhadap kedua-dua golongan ini di dalam PAS, beliau menjelaskan isu itu sewajarnya diperbaiki sebaiknya dan bukan untuk diperbesarkan

"Begitu juga dengan hal peperangan, Nabi Muhammad s.a.w sentiasa menerima pandangan daripada sahabat yang arif berperang. Itu bukan kesilapan tetapi petunjuk ringkas daripada Rasullulah bahawa pemimpin boleh ditegur, dibantu dan diberi pandangan.

"Begitu juga dalam PAS. Kelemahan kepimpinan ulama bukan untuk diperbesarkan tetapi diperbetulkan. Kita kena ingat, semua orang mempunyai kelemahan dan sewajarnya ditampung bersama. Adakah dengan menukar kepimpinan maka kelemahan dan kesilapan tidak akan wujud sama sekali?" kata Haron Din lagi.

Beliau menasihati pihak media, blog dan internet sepatutnya berlaku adil kepada kepimpinan ulama jika berlaku kelemahan ataupun salah faham dengan membuat pertemuan dan mengadakan perbincangan sebelum membuat sebarang ulasan ataupun kesimpulan.

"Saya lihat keterbukaan kepimpinan ulama tidak mempunyai sebarang halangan untuk bersua dan mendapatkan penjelasan. Mereka sedia bertemu dan berbincang demi untuk kukuhkan parti sekaligus memantapkan perjuangan Islam yang menjadi dasar dan teras PAS selama ini," katanya.

continuous reading......

Saturday, April 25, 2009

Al-marhum Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman


Al-marhum Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada pukul 3.00 petang, hari Jumaat, 11 Febuari 1933 di Pondok Lubuk Tapah.

Tuan Guru Haji Abdullah telah mendapat pendidikan awal dengan ayahandanya sendiri iaitu Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman. Beliau juga telah belajar menulis dan membaca jawi semenjak kecil lagi dengan anak murid ayahnya yang berpengalaman iaitu Almarhum Haji Jusuh atau lebih dikenali sebagai Abang Aji Soh.

Pada tahun 1953, ayahandanya telah menghantarnya melanjutkan pelajaran ke Tanah Suci, Mekah bersama adiknya Almarhum Haji Ahmad dengan menaiki kapal laut. Masjidil Haram Di Tanah Suci Mekah menjadi pusat pengajian Tuan Guru Haji Abdullah.

Di antara tokoh guru-guru dan ulamak beliau Syaikh Abdul Kadir Abdul Mutalib Al-Mandili, Syaikh Muhamad Daud Al-Fatani, Syaikh Abdul Jalil Al-Indonisi dan beberapa orang tokoh-tokoh ulamak yang terkenal lagi.

Selama hampir 15 tahun berada di Tanah Suci Mekah akhirnya beliau kembali ke tanah air. Sebelum beliau pulang ke tanah air, beliau bersama 14 orang sahabat perjuangan menghadapi ujian terakhir daripada guru-guru, ulamak dengan disuruh membaca mentafsir dan menerangkan isi kandungan beberapa buah kitab agama yang telah dipelajari selama menuntut di tanah Suci Mekah selama satu minggu.

Debaran ujian telah pun berakhir. Kini tiba pula debaran menunggu keputusan, Apabila keputusan diumumkan beliau bersama dua orang sahabatnya menerima ijazah tauliah dan tamat pengajian daripada guru-guru ulamak pada Muharam 1386 Hijrah. Sebelum berangkat pulang ke tanah air beliau juga diberi pesanan dan nasihat oleh guru-guru ulama supaya memanfaatkan ilmu yang telah di pelajari dengan betul dan tepat.

Pada tahun 1966 Tuan Guru Haji Abdullah kembali ke tanah air. Beliaulah sebagai pengganti ayahandanya Tuan Guru Haji Abdul Rahman untuk mentadbir dan menerajui Pusat Pengajian pondok Lubuk Tapah.

NAMA TUAN GURU/PENGAJAR YANG PERNAH MENGAJAR BELIAU

Al-Syaikh Pak Da Ismail bin Abdul Kadir Al–Fatani
Al-Syaikh Abdul Kadir Abdul Muttalib Al-Mandili
Al-Syaikh Zakaria Bilal
Al-Syaikh Muhammad Daud Sulaiman Al-Kalatani
Al-Syaikh Hasan Muhammad Al-Massat
Al-Syaikh Sayyid Alwi Sayyid Abbas
Al-Syaikh Muhammad Arabi
Al-Syaikh Mokhtar Amfahani
Al-Syaikh Soleh Idris Al-Kalatani
Al-Syaikh Haji Abdul Rahman Daud Al–Fatani
Al-Syaikh Muhmmad Noor Bahrani
Al-Syaikh Sayyid Muhammad Amin
Al-Syaikh Abdul Jalil Al-Indonisi


BIDANG ILMU

Feqah, Tauhid, Hadis, Usul, Balaghah, Qiraat 7, Faraid dan Ilmu Aufat.

TUAN Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah telah kembali ke Rahmatullah pada usia 74 tahun.Beliau adalah antara guru Pondok yang masyhor dan juga bermulut masin yang dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat bukan saja dari Kelantan tetapi dari seluruh negara hingga dari Pattani.

Sepanjang hayatnya Allahyarham seorang pejuang yang istiqamah mendokong perjuangan Pas dan sering dipanggil untuk mengimani solat hajat dan majlis-majlis keagamaan. Allahyarham juga menjadi pakar rujuk Pas dalam hal-hal mengenai agama.

Allahyraham juga antara Guru Pondok yang menjadi pakar rujuk Istana Kelantan.

Kali terakhir beliau hadir dalam kegiatan parti ialah sewaktu mengiringi calon Pas pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir.

Allahyarham kurang cergas setelah menghidapi sakit diserang angin ahmar. Sejak itu Allahyarham hanya terlantar atas katil. Bagaimana pun Allahyarham tetap menerima kunjungan orang ramai yang berhajat dengan beliau khasnya untuk mendapatkan air penawar atau pun doa.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Hajjah Kamariah Abdul Ghani dan lima orang anak dua lelaki dan tiga perempuan serta ribuan murid. Sama-sama kita berdoa semoga roh Allahyraham Haji Abdullah Lubuk Tapah ditempatkan bersama roh-roh insan yang beriman dan beramal soleh.

continuous reading......

Friday, April 24, 2009

ALMARHUM USTAZ FADHIL NOR


Latar Belakang
Fadzil@Ali bin Mohd Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah.Ayahnya Mohd Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Abdul Rahman meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil.Moyangnya Tuan Guru Hj Idris yang lebih dikenali sebagai Tuan Syeikh Idris Al-Jarumi adalah seorang ulama’ terkenal di Kedah yang berasal dari Patani.Ustaz Fadzil Noor mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga (1946-1949).Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Maktab Mahmud Alor Setar (1949-1958) dan peringkat tinggi (1958-1962).Setelah tamat pengajiannya di Maktab Mahmud, Ustaz Fadzil Noor menjadi guru di Sekolah Menengah Badlishah, Kulim, Kedah. Kemudian beliau bertugas sebagai pegawai di Jabatan Zakat Negeri Kedah.Pada tahun 1962, Ustaz Fadzil Noor melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir. Pada tahun 1967 beliau berjaya menamatkan pelajaran dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah.Sekembalinya dari Mesir, Ustaz Fadzil Noor menjadi tenaga pengajar di Maktab Mahmud (1967-1973) dan pada tahun 1973 menerima tawaran sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.


Penglibatan Awal
Bakat kepimpinan Ustaz Fadzil Noor terserlah bila beliau bergerak cergas dalam persatuan pelajar dan terkenal sebagai pemidato yang pintar dan dihormati di Maktab Mahmud.Ketika di Mesir Ustaz Fadzil Noor memimpin Kesatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sebagai ketua penerangan, setiausaha dan akhirnya sebagai timbalan presiden.Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978).Ustaz Fadzil Noor juga pernah menjadi setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Kedah.Semasa memimpin ABIM, Ustaz Fadzil Noor turut terlibat dalam demonstrasi membela rakyat miskin di Baling, Kedah pada tahun 1974.Ketika Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA di Kamunting dari tahun 1974 hingga 1976, Ustaz Fadzil Noor menjadi Pemangku Presiden ABIM.
Penglibatan dalam PAS
Ustaz Fadzil Noor mula terlibat dengan PAS pada tahun 1959 ketika masih menuntut di Maktab Mahmud. Beliau membantu calon-calon PAS dalam pilihanraya tahun tersebut.Ustaz Fadzil Noor juga dalam kempen tersebut sering mengikuti ceramah-ceramah Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Prof. Zulkifli Muhammad.Ustaz Fadzil Noor seterusnya dilantik menjadi YDP PAS Kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan Negeri PAS Kedah.
Jawatan tertinggi yang disandang oleh Ustaz Fadzil Noor adalah:
• Naib Yang Dipertua (1979-1983)
• Timbalan Yang Dipertua (1983-1989)
• Presiden PAS (1989-2002)
Ustaz Fadzil Noor mula menjadi Yang Dipertua pada 31 Mac 1989. Nama jawatan Yang Dipertua PAS ditukar menjadi Presiden PAS pada masa beliau.
Menentang Kezaliman ISA
Kezaliman ISA adalah suatu yang tidak asing lagi bagi Ustaz Fadzil Noor.Ini kerana semasa beliau menjadi Timbalan Presiden ABIM, beliau terpaksa memangku jawatan Presiden ABIM apabila Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA selama dua puluh bulan bermula dari tahun 1974.Sekali lagi setelah Anwar Ibrahim ditahan dan dibelasah oleh Ketua Polis Negara pada malam 20 September 1998, keesokan harinya rakan lamanya itu diumumkan telah ditahan di bawah ISA.Ustaz Fadzil Noor memahami benar bahawa ISA adalah senjata politik pemerintah.ISA digunakan untuk melindungi kepentingan politik pemerintah. ISA juga digunakan untuk menutup jenayah pemerintah.Meneruskan dasar PAS terhadap ISA daripada kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Noor terus melonjakkan PAS dalam sikap dan pendiriannya terhadap kezaliman ISA.Ustaz Fadzil Noor mempengerusikan mesyuarat menentang ISA ekoran penahanan Anwar Ibrahim dan beberapa penyokongnya bermula dari 20 September 1998.Mesyuarat itu diadakan di Markaz Tarbiah PAS, Taman Melewar dan dihadiri oleh wakil-wakil daripada PAS, PRM, DAP dan NGO daripada PUM, ABIM, JIM, SUARAM dan lain-lain.Mesyuarat yang diadakan pada 25 September itu memutuskan untuk mendesak kerajaan membebaskan segera semua tahanan ISA dan memansuhkan ISA.Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia atau GERAK.Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor, GERAK dilancarkan pada 27 September 1998 di Markaz Tarbiah, Taman Melewar.Puluhan ribu rakyat dan ratusan wartawan dari dalam dan luar negara hadir ke majlis pelancaran tersebut.Dalam Ucapan Dasar di Muktamar PAS ke-45 pada Mei 1999, Ustaz Fadzil Noor menegaskan:
”Kejayaan PAS menggabungkan parti politik dan NGO dalam satu gerakan yang disebut Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia atau GERAK, cukup untuk membuktikan keupayaan kepimpinan PAS menerajui kebangkitan rakyat di negara ini”
Ustaz Fadzil Noor berulang kali menegaskan, sama ada dalam ceramah mahupun dalam perbahasan di Parlimen, bahawa ISA bersama-sama undang-undang zalim yang lain seperti OSA, Akta Polis dan Akta Cetak adalah undang-undang yang mencabul hak asasi rakyat di negara ini.
Pencapaian Sebagai Ahli Politik Islam dan Sumbangan kepada Gerakan Islam
Pembabitan awal Ustaz Fadzil Noor dalam politik pilihanraya bermula pada tahun 1978. Beliau bertanding dalam pilihanraya untuk merebut kerusi Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah.Pada tahun 1980, dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Raya, sekali lagi beliau menjadi calon PAS untuk merebut kerusi tersebut. Beliau gagal dalam kedua-dua percubaan ini.Hanya dalam pilihanraya tahun 1982, Ustaz Fadzil Noor memenangi kerusi DUN Bukit Raya dan seterusnya mempertahankan kerusi tersebut selama empat penggal berturut-turut.Pada pilihanraya tahun 1999, Ustaz Fadzil Noor menang kerusi Parlimen Pendang dan juga kerusi DUN Anak Bukit.Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor PAS mengalami kejayaan paling besar sepanjang sejarah penglibatan dalam pilihanraya.Pada pilihanraya tahun 1999, PAS memenangi 27 kerusi Parlimen dan 98 kerusi DUN.Dengan kedudukan tersebut, Ustaz Fadzil Noor telah dipilih sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Beliau merupakan pemimpin kedua daripada PAS yang memegang peranan tersebut.Sejak peranan ketua pembangkang diwujudkan di Parlimen oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak pada tahun 1972, Dato’ Mohd Asri adalah orang pertama daripada PAS yang menjadi Ketua Pembangkang.Di peringkat politik dalam negeri, Ustaz Fadzil Noor telah berjaya mewujudkan beberapa pakatan politik atau tahaluf siyasi. Antaranya CCC, Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif.Beliau juga telah berjaya mewujudkan pakatan politik yang bertujuan khusus menentang kezaliman ISA melalui penubuhan GERAK dan GMI, Gerakan Mansuhkan ISA.Di peringkat serantau beliau memainkan peranan untuk mewujudkan permuafakatan di kalangan kumpulan-kumpulan Islam di Indonesia.Selepas tercetusnya Reformasi Indonesia dan jatuhnya Presiden Suharto, maka telah muncal banyak parti-parti yang berteraskan Islam di Negara tersebut.Ustaz Fadzil Noor mengambil inisiatif dan langkah diplomasi bertemu pemimpin parti-parti tersebut dan mengsyorkan agar mereka tidak membentuk terlalu banyak parti berteraskan Islam di sana.Ustaz Fadzil Noor juga telah berjaya menempatkan PAS sebarisan dengan gerakan-gerakan Islam dan parti-parti politik Islam di peringkat antarabangsa.
Ustaz Fadzil Noor menegaskan:
”PAS sebagai sebuah jamaah Muslimin dan wadah kepada perjuangan umat, adalah satu daripada mata rantai Gerakan Islam seluruh dunia. Ia bersama-sama dengan Ikhwan Muslimin di Mesir, Jamaati Islami di benua kecil India, Refah Party di Turki, FIS di Algeria, HAMAS di Palestin dan lain-lain harakah Islam di seluruh dunia, mendukung perjuangan Islam dan bangun bersama Islam serta merealisasikan corak hidup Islam”
Di peringkat politik antarabangsa juga, Ustaz Fadzil Noor tegas dan lantang menentang kerakusan dan dasar-dasar kejam kuasa Amerika dan Barat.Dalam isu Palestin, Israel, Chechnya, Afghanistan dan Iraq, PAS di bawah teraju Ustaz Fadzil Noor mengambil pendirian yang cukup lantang dan jelas.Tidak sedikit pemimpin dan ahli-ahli PAS semasa menyatakan pendirian dalam isu-isu antarabangsa melalui ceramah dan demonstrasi aman yang telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap.Pendiriannya yang jelas dan tegas terhadap isu-isu antarabangsa yang melibatkan umat Islam telah menyuntik semangat juang yang tinggi di kalangan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS.Dalam masa yang sama Ustaz Fadzil Noor juga amat teliti dengan isu-isu tempatan. Sebagai contoh, beliau amat cermat menangani isu hak istimewa orang Melayu di negara ini.Mengambil hujah daripada tindakan Khalifah Umar bin Al-Khattab semasa pemerintahannya, Ustaz Fadzil Noor menegaskan terdapat hak istimewa seumpama ini demi menjaga kepentingan penduduk asal tempatan khususnya yang tidak berada.Demikian juga ketika berlaku kes Mohamad Sabu menjelang pilihanraya 1995. Setelah mengadakan mesyuarat yang teliti, Ustaz Fadzil Noor mencadangkan satu tindakan disiplin diambil.Mohamad Sabu diminta meletakkan jawatan daripada parti dan keputusan ini diterima baik oleh Mohamad Sabu.Langkah ini dilakukan demi mengekalkan kewibawaan PAS dan mengelakkan tohmahan terhadapnya.Selepas kes itu selesai dan mahkamah mendapati Mohamad Sabu tidak bersalah, maka ternyata langkah yang diambil oleh Ustaz Fadzil Noor telah menguntungkan PAS dan perjuangan Islam.Ustaz Fadzil Noor juga meneruskan tradisi muslimat PAS diberikan amanah untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Penampilan muslimat dari pelbagai lapisan latar belakang dan kerjaya telah melonjakkan imej PAS sepanjang PAS diterajui oleh Ustaz Fadzil Noor.Ustaz Fadzil Noor juga amat berjaya di bidang dakwah dan pendidikan. Selaku Pesuruhjaya PAS Kedah pada tahun 1985 beliau telah membeli sebuah estet kecil seluas 35 ekar untuk dijadikan sebuah institusi pengajian tinggi Islam.
Institusi ini dinamakan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah.
Pada masa yang sama Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena yang didirikan oleh Ustaz Fadzil Noor adalah setanding kehebatannya pada zaman kegemilangan Maahad Al-Ehya Al-Sharif yang diasaskan oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.Muassasah Darul Ulum menampilkan pelbagai kemelut pergeresan di antara PAS dengan UMNO, kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri Kedah.Beberapa orang pemimpin Pemuda PAS ditahan di bawah ISA dalam ketegangan isu Muassasah Darul Ulum. Bahkan, Ustaz Fadzil Noor sendiri ditahan polis ketika berceramah di Jerlun mengenai isu Muassasah.
Kembali ke Rahmatullah
Ustaz Fadzil Noor kembali ke rahmatullah pada pagi 23 Jun 2002 setelah dua minggu mengalami koma selepas pembedahan yang dijalaninya.Dengan arahan kerajaan Pusat, jenazahnya diterbangkan dengan pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia ke Kedah.Jenazah dibawa ke Muassasah Darul Ulum, institusi ilmu yang diasas dan diperjuangkannya.Pada hari beliau dikebumikan pada malam 23 Jun 2002, hampir setengah juta orang berkumpul di situ.Dari Alor Setar hingga ke kawasan itu, hampir 30km orang ramai penuh sesak di sepanjang jalan menunggu jenazahnya lalu.Malah pada ketika terakhir jenazah hendak dikebumikan, tiada lagi kenderaan dapat bergerak sepanjang hampir 10km menuju ke Muassasah Darul Ulum.Tidak kurang 50,000 orang menunaikan solat jenazahnya pada malam itu. Ia dikira satu rekod terbesar dalam sejarah umat Islam di negara ini.


continuous reading......

Allahyarham Tuan Guru Haji Sabran bin Haji Asmawi


Allahyarham Tuan Guru Haji Sabran bin Haji Asmawi(April 1, 1938 — Januari 2, 2007), merupakan salah seorang murid kanan dari Allahyarham Tuan Guru Haji Muhammad Saman Bin Muhammad atau lebih dikenali dengan gelaran Tuan Guru Haji Mat Saman Kati. Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 1hb April, 1938 bersamaan dengan 30 Muharram 1357H di sebuah kampung bernama Sungai Malau, berdekatan Changkat Lobak, Bagan Serai, dalam Daerah Kerian di Negeri Perak Darul Ridzuan.

Sepanjang hayatnya selama 69 tahun, beliau telah menyumbang sebahagian daripada umurnya untuk berbakti dan berjuang untuk meninggikan syiar agama Islam berpusat di kampung halaman khususnya di Alor Pongsu, Bagan Serai, dalam negerinya dan negaranya melalui pendekatan jalan dakwah dan usaha meningkatkan ilmu pengetahuan agama dalam kalangan masyarakat dan anak bangsa melayu Islam.

Allahyarham sangat terpengaruh dan terkesan sekali dengan ulama besar Ulama Banjar seperti Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari penyusun bagi kitab Sabil al-Muhtadin li at-Tafaqquhi fi Amri ad-Din (ﺳﺒﻴﻞ اﻟﻤﻬﺘﺪﻳﻦ ﻟﻠﺘﻔﻘﻪ ﻓﻲ اﻣﺮاﻟﺪﻳﻦ).

Perwatakan dan kegemarannya

Seorang yang berperwatakkan sederhana dan lemah lembut dengan semua orang. Akhlak Rasullullah s.a.w sentiasa menjadi ikutan, zuhud, gemar berdandan dan kemas dalam berpakaian selayaknya bagi seorang ilmuan Islam. Warna kegemaran Rasulullah s.a.w putih, hijau, serta merah telah juga menjadi pilihan.
Salasilah keturunan dan keluarga

Latar belakang pendidikan

Allahyarham TG mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu (sekarang Sekolah Kebangsaan) Tebing Tinggi, Jalan Selama Perak sehingga darjah enam (6) sebelum melanjutkan pelajaran ke darjah tujuh (7) di Parit Buntar. Tidak lama kemudian Allahyarham TG telah menamatkan pengajian aliran Melayu untuk bertukar ke aliran pegajian agama di Madrasah (Arab: مدرسة) Ahmadiah al-Ijtima'ih (اﺣﻤﺪﻳﻪ اﻟإﺟﺘﻤﺎﻋﻴﻪ), Padang Lalang atau lebih dikenali dengan Sekolah pondok Padang Lalang Bukit Mertajam, Pulau Pinang setelah terlibat di dalam kemalangan di sekolah sehingga menyebabkan patah kaki. Keputusan untuk mengubah ke aliran agama dilakukan oleh ayahanda Haji Asmawi bin Haji Ismail kerana memikirkan masa depan Allahyarham TG yang lebih sempurna jika diberi pengetahuan di dalam bidang agama.

Selama lebih 10 tahun menimba pelbagai ilmu agama dalam dari ilmu-ilmu asas Tauhid (Arab: توحيد), Fiqah (Arab: ﻓﻘﻪ), Tasawuf (Arab: ﺗﺼﻮف), Hadis (Arab: الحديث hadīth mufrad, ahādīth "أحاديث" jamak); , Tafsir, Tajwid (Arab: تجويد) dan Sejarah juga berkemahiran tinggi dalam Bahasa Arab nahu (ﻧﺤﻮ) dan saraf (ﺻﺮف) dan beberapa ilmu alat yang lain. Semasa pengajian di Madrasah Padang Lalang, Allahyarham TG amat di hormati dalam kalangan para pelajar diatas kelebihan dan kebolehannya sehingga dilantik menjadi “kepala matala’ah” yang merupakan jawatan yang bukan mudah untuk diperolehi dalam sistem pengajian pondok pada ketika itu.

Pendidikan di Mekah

Sekitar tahun 1960M Allahyarham TG berpeluang menyambung pengajian di Mekah (Arab: مكة المكرمة) yang telah menjadi cita-cita setiap pelajar agama khususnya sistem pondok pada ketika itu. Pengajian di Mekah tidak lama, cuma 3 tahun sahaja namun sudah cukup bagi mempertajamkan lagi ilmu pengetahuan yang telah di pelajari sebelum itu. Diantara gurunya yang berasal dari tanah jawi adalah Syeikh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa al-Fadani dari Padang, Indonesia (Arab: اﻟﺸﻴﺦ ﻣﺤﻤﺪ ﻳﺴﻴﻦ ﻣﺤﻤﺪعيسى اﻟﻔﺪاﻧﻲ). Sheikh Muhammad Yasin pernah berkunjung ke Sekolah pondok Ahmadiah al-Ijtima’iah Padang Lalang, Bukit Mertajam pada awal tahun 1980an atas jemputan pihak pengurusan madrasah. Di ketika inilah Allahyarham TG berpeluang bertemu semula dengan gurunya setelah 20 tahun kembali ke tanah air.

Seorang lagi adalah Allahyarham Syeikh Abdul Qadir bin Abdul al-Mutallib [3] al-Indonesi al-Maindili (Arab: اﻟﺸﻴﺦ ﻋﺒﺪاﻟﻘﺎدر ﺑﻦ ﻋﺑﺪاﻟﻣﻄﻠﺐ الاﻧﺪوﻧﺴﻲ اﻟﻤﻨﺪﻳﻟﻲ رﺣﻤﻪاﻟﻠﻪ ﺛﻌﻠﻲ) Mandailing juga dari Indonesia (Pengarang kitab Penawar Bagi Hati), tetapi pernah berguru dengan Syeikh Haji Wan Ibrahim (اﻟﺸﻴﺦ ﺣﺎج وان إﺑﺮاﻫﻳﻢ) (PakCu Him) bin Syeikh Wan Abdul Qadir al-Fathani (Tok Bendang Daya-II) iaitu adik kepada Syeikh Haji Wan Muhammad Zainal Abdidin atau singkatanya Syeikh Muhammad Zain al-Fathani (اﻟﺸﻴﺦ ﻣﺤﻤﺪ زﻳﻦ اﻟﻔﻄﻨﻲ); Penyusun kitab Akidatun-Najin (ﻋﻔﻴﺪه اﻟﻧﺎﺟﻴﻦ), di Sekolah pondok Gajah Mati, Kedah.

Pak Cu Him Gajah Mati, mengirimkan Syeikh AQAM al-Mandaili untuk memperdalamkan ilmu kepada Syeikh Wan Daud bin Mustafa al-Fathani atau Tok Cik Wan Daud (bapa saudara kepada Pak Cu Him) dan Syeikh Wan Ismail bin Abdul Qadir al-Fathani atau Pak De 'El (abang Pak Cu Him). Syeikh AQAM adalah sezaman dan juga guru kepada Allahyarham Syeikh Juned Tola serta sahabat kepada Allahyarham Syeikh Idris al-Marbawi (اﻟﺸﻴﺦ إدرﻳﺲ اﻟﻣﺮﺑﺎوي رﺣﻤﻪ اﻟﻠﻪ ﺛﻌﻠﻲ); Pengarang Kamus Idris Marbawi.

Sekembalinya Allahyarham TG ke tanah air, mula beliau menabur bakti di bumi bertuah kampong tanah kelahiran dan menetap serta berpusat di Surau al-Ansar, Alor Pongsu, Bagan Serai Perak. Dengan harapan begitu tinggi untuk mengajar dan menyebarluaskan ilmu agama yang telah diperolehi. Demi untuk mencari keredhaan Allah Ta'ala dan berkongsi dengan semua ahli keluarga dan membantu agama Allah Ta'ala dengan kerja-kerja dakwah kepada masyarakat di sekitar kampong. Hampir keseluruhan pelusok kampong di dalam daerah Kerian yang tidak dikunjungi oleh Allahyarham TG atas jemputan masyarakat sekitar yang mendambakan ilmu pengetahuan agama.


Musim haji 2006/07 yang terakhir

Sepanjang hayat Allahyarham TG berpeluang untuk menunaikan Haji ke tanah suci Mekah (Arab: مكة المكرمة) lebih dari 5 kali. Bermula masih umur remaja belasan tahun sekitar tahun 1950an Masehi, kemudian ketika menyambung pegajian di Mekah dalam tahun 1960an, setelah berkahwin awal tahun 1970an, seterusnya pada 1996M Kembali ke-Rahmatullah


Pada 2hb-Jan 2007, di waktu dinihari sekitar jam 1:30 pagi, seluruh ahli keluarga telah dikejutkan dengan panggilan telefon terus dari ibu Hajjah Noraini Hj Hussain yang berada di Mekah dengan pengkhabaran berita yang amat sedih. Dalam keadaan hiba sambil menangis ibu memberitahu bahawa “Abah” [22] kesayangan telah tiada lagi.

Pada waktu itu di Mekah, masih lagi awal sekitar jam 8:00 malam 1hb Jan-2007 bersamaan dengan Isnin 11-Zulhijjah 1427H. Diceritakan oleh isteri Pn Hajjah Noorani, bahawa selesai solat Maghrib, ketika memulakan perjalanan untuk melontar ke Jamrah setelah berhenti berehat untuk melepaskan kepenatan, Allahyarham TG rebah dan terus tidak sedarkan diri. Di ketika itu, Noorani yang berada tidak jauh hanya mendengar perkataan “Allah” (اﻟﻠﻪ) sebelum sempat memaut bahagian belakang dan Allahyarham TG terus rebah ke pangkuannya.

Setelah itu, Allahyarham TG segera dibawa oleh isteri dan beberapa orang petugas keselamatan di tempat kejadian ke pusat perubatan yang berdekatan[23]. Sejurus tiba di situ, Allahyarham TG disahkan telah meninggal dunia oleh doktor yang bertugas. Ditakdirkan Allah Ta'ala, turut berada di tempat kejadian adalah Doktor Asmah binti Othman [24] yang amat terkejut dan tidak menyangka sama sekali bahawa pesakit tersebut adalah datuk saudaranya sendiri. Secara khsusnya Allahyarham TG meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi jantung yang disebut sebagai Acute Myocardial Infraction.[25]
Majlis Korban merupakan agenda wajib saban tahun di Surau al-Ansar Alor Pongsu

Segala urusan pengebumian Allahyarham TG berjalan sungguh lancar dan amat mudah sekali. Jenazah Allahyarham TG disembahyangkan oleh jutaan ummat Islam dari serata pelusok dunia di dalam Masjidil Haram (المسجد الحرام), Makkah al-Mukarramah (مكة المكرمة) sesudah solat subuh keesokkan harinya. Inilah cita-cita di dalam hati kecil Allahyarham TG dan juga patut menjadi cita-cita setiap daripada Muslim untuk pergi menemui tuhan robbul-jalil mudah-mudahan dalam husnul-khatimah (إﻧﺸﺎءاﻟﻠﻪﺛﻌﺎﻟﻲ).

Pemergian Allahyarham TG pasti akan selalu diingati oleh setiap ahli keluarga, anak murid, kenalan dan sahabat di tanah air khususnya di Alor Pongsu. Pada setiap kali datangnya Hari Raya Aidil Adha (عيد الأضحى) atau Hari Raya Korban, kenangan bersama Allahyarham akan terimbau kembali apabila tiba masa menganjurkan majlis korban di Surau al-Ansar. Ini adalah kerana, bukan sahaja tarikh pemergian Allahyarham TG yang ditakdirkan Allah Ta'ala pada musim Hari Raya Haji, malah ia amat berkait rapat dengan ibadat sembelihan korban di Kampong Alor Pongsu. Allahyarham TG adalah orang yang mula memperkenalkan ibadat sembelihan korban ini secara lebih sistematik dan tersusun semenjak lebih 15 tahun dulu. Insya-Allah ia pasti akan menjadi amalan untuk diteruskan oleh generasi sekarang dan akan datang hinggalah sampai hari kiamat.AL-FATIHAH

continuous reading......

MUJAHID ISLAM

Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Bin Haji Abdullah Ar-Rawi atau dikenali sebagai Tuan Guru Haji Yusof Rawa (6 Mei 1922 - 28 April 2000) dikenali sebagai tokoh gerakan Islam dan bekas Yang Di-Pertua atau Presiden PAS.

IKehidupan Awal

Beliau dikagumi kerana mindanya yang tajam boleh mengupas segala persoalan walau pun ia rumit bagi sesetengah pihak. Beliau dilahirkan di Lebuh Acheh, Pulau Pinang. Beliau pada mulanya belajar di Sekolah Melayu di Jalan Carnavon kemudian berpindah ke Sekolah Charausta. Di peringkat menengah pula beliau memasuki sekolah Inggeris iaitu Goument English School kemudian sambung ke Penang Free School sehingga memperolehi Junior Cambridge.

Melihat kecerdikannya dalam bahasa Inggeris, lantas membuatkan ayahnya mengambil keputusan untuk menghantar beliau melanjutkan pelajaran ke Mekah. Di sana, ternyata beliau tidak menghampakan impian keluarganya apabila cemerlang memperolehi Diploma Thaqasur Al-Deeni dari Maadul Falah. Selepas memperolehi semua impian tersebut beliau kembali ke tanah air membantu meningkatkan perniagaan ayahnya sebelum melibatkan secara langsung dalam politik.

Politik

Penglibatan beliau dalam politik bermula selepas menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang menggantikan Ustaz Ahmad Azzam yang berpindah tempat.

Semenjak memegang amanah itu Allahyarham diberi kepercayaan menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat walaupun setelah melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri. Kepimpinan PAS di bawah Dato' Asri Muda, beliau sekali lagi diberi mandat sebagai Timbalan Yang DiPertua.

Semasa pemilihan jawatankuasa baru PAS pada 1982, beliau sebulat suara telah diamanahkan sebagai Yang Dipertua PAS bagi menggantikan Allahyarham Tan Sri Asri Muda semasa muktamar pada 23 Oktober 1982 yang melakukan perubahan dalaman. Ketika memegang peranan besar itu selama beberapa tahun pada penghujung 1980-an beliau menyerahkan tugasan besar kepada timbalannya, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor.

Meninggal Dunia

Semenjak itu, kesihatan beliau kurang memuaskan sehinggalah beliau beberapa kali mendapatkan rawatan di hospital sehingga menghembuskan nafasnya terakhir pada 28 April 2000 kira-kira jam 7.15 pagi. Allahyarham meninggalkan seorang balu, 11 orang anak, enam perempuan dan lima lelaki serta 30 cucu hasil perkongsian hidup bersama Hajah Kalsom Ali.

Sumbangan

Beliau juga pernah menjadi wakil ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta menjadi duta Iran, Iraq, Afghanistan dan Turki ketika penggabungan PAS dalam Barisan Nasional (BN) pada pertengahan tahun 1970-an.

AL-FATIHAH UNTUK MUJAHID ISLAM


continuous reading......

LURUSKAN APA YANG PERLU

Firman rabbila'lamin : Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi mengasihani. Demi masa sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian.surah al-asr. Benarlah apa yang mafhum daripada maksud ayat ini.Kehidupan yang telah diberikan Allah kepada aku jika dihitungkan dengan amalan tak mampu untuk aku menikmati syurganya akan tetapi sabagai hamba yang sentiasa dalam kelemahan hanya mampu berdoa agar bersama-sama dengan nikmat ilahi.Bagaimanakah cara untuk aku mendapatkan nikmat itu?sebagai seorang hamba aku perlu sentiasa mengingatinya setiap masa dan banyak lagi cara untuk mendapatkan kenikmatan itu.tambahan lagi aku ini sebagai penuntut ilmu setiap apa yang aku lakukan jika lari dari landasan akan menyebabkan tiada keberkatan dalam ilmu itu.sebagai penuntut ilmu banyak ujian yang perlu aku hadapi dan sabar melaluinya akan tetapi jika aku memahami secara mendalam maksud ayat quran diatas pasti aku dalam golongan ornag sentiasa dalam kerugian.ya Allah masukkanlah aku dan orang2 muslimin dalam golongan orang yang beruntung disisimu.

Lama..dah aku berada di mesir tetapi masa itu terlalu pantas meninggalkan sedangkan diri ini belum lagi mampu untuk mendisplinkan diri apatah lagi hendak mendisplinkan orang lain.Bagaimana amanah kedua ibu bapa aku yang ingin anaknya belajar bersunguh-sunguh,sentiasa menuntut ilmu dengan alim-ulamak?Masa aku mendalami ilmu bersama guru-guru tidak cukup jika dibandingkan dengan masa aku bersama dunia ini.Aku perlukan dunia tetapi dunia yang dapat membawa aku kebahagian dan kenikmatan di akhirat.Ya ilahi bantulah hamba yang faqir lagi hina dalam membetulkan besi yang bengkok sebelum ni agar ia sentiasa lurus menghadapmu.Besi yang bengkok payah diluruskan tapi dengan kekuasaanmu terlalu mudah untuk diluruskan.Akhirilah kehidupan ku bersama-sama orang yang diredhai dan memperjuangkan agamamu.Firman Allah ta'ala 1. Demi Masa!2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -3. Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.



continuous reading......